Sabtu, November 24, 2007

Teka Teki rakyat jelata

# Banyak-banyak kuda, kuda apa yang paling panjang?
Jawapan: Kuda yang berbaris-baris

# Banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
Jawapan: Kuih Donut

# Banyak-banyak kuih, kuih apa ada kulit bawang ditengah-tengah?
Jawapan: Kuih salah resepi

# Banyak-banyak lembu, lembu apa yang orang suka cari?
Jawapan: Lembu yang hilang… kalu tak hilang orang tak cari punya

# Banyak-banyak binatang.... binatang ape yang bertelur dan beranak.....?
Jawapan: Siput babi laaaaa.....ye la siput bertelur...babi beranak.... kenape x percaye ye.hahahahaha

# Binatang apa namanya hanya guna dua huruf sahaja?
Jawapan: U dan G (udang)

# Binatang apakah yang paling kaya didunia?
Jawapan: Beruang sebab binatang ni ber wang

# Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?
Jawapan: Ikan Belukang kerana "Blue" adalah perkataan inggeris, "Kang" adalah perkataan Jawa.

# Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
Jawapan: Bahrain kerana bah tu banjir, 'rain' tu hujan...

# Huruf jawi apa yang ada angin...
Jawapan: Huruf TA dan YA laa... (Bunyi macam Tayar, tayarkan ada angin)

# Apa Arti Peribahasa "Sambil Menyelam Minum Air"?
Jawapan: Tenggelam

# Bila slogan "Terus Maju, Pantang Berundur" nampak bodoh?
Jawapan: Waktu Kejohanan Tarik Tali

# Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai buah?
Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar. (berdasarkan pantun melayu)

# Apa dia "jauh di mata, dekat di hati"?
Jawapan: Jantung.. paru-paru pun boleh.. hempedu pun boleh.. asalkan dekat dengan hati..

# Apa bahasa cinanya "selesai makan"?
Jawapan: Sudah KEN YANG

# Apa orang islam arab kata jika:
1- Seorang pekerja jatuh bangunan lalu mati...
2- Seorang wanita berlari keliling padang tanpa seurat benang...
3- Gaji anda akan dinaikkan 30% bulan depan.
Jawapan: Mereka akan kata.
1-Inna lillahi wa ina ilahi roo jiuun.
2-Astagh firullah hal azim.
3- Alhamdulillah.

# Cuba teka apa bahasa cina-nya "orang yang cari ikan di laut"?
Jawapan: MAN CHING

# Apa dia, Ditembak ke lantai kena hidung?
Jawapan: Orang kentut

# Apa dia yang masuknya lurus keluarnya bengkok?
Jawapan: Jari tengah korek lubang hidung

# Apa dia, kalau dikeluar dari lubang besar tak dapat, tapi kalau dikeluar dari lubang kecil dapat?
Jawapan: Air Ludah

# Apa yang diiring bukan raja, ditanam bukan tanaman?
Jawapan: Orang mati nak dikubur

# Kulit bertemu kulit, bulu bertemu bulu, makin rapat makin sedap?
Jawapan: Mata mengantok nak tidur

# Kalau kotor tak dapat dicuci, kalau koyak tak dapat di jahit
Jawapan: Kertas

# Bila ditarik, yang di atas gembira dan yang di bawah pasti merana
Jawapan: Pengail yang dapat ikan.

# Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama.
Jawapan: Tapak kaki kita

# Bila dipegang, ia mati, bila dilepas, ia hidup, dibiar-biar, akhirnya mati.
Jawapan: Gasing.

# Apa perbezaan jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.

# Apa persamaan Presiden Bush dengan Saddam Hussein?
Jawapan: Dua-dua tak kenal siapa saya

# Apa pebezaan di antara sekretari baik dengan sekretari kurang baik?
Jawapan: Sekretari baik; "Selamat pagi tuan", Sekretari kurang baik; "Dah pagi ni tuan'"

# Apa persamaan kain jemuran dengan telefon?
Jawapan: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

# Apakah dia yang paling laju di dunia, lebih laju kereta F1 malah lebih laju dari Jet pejuang?
Jawapan: Maaflah tak sempat nak tengoh, sebab laju sangat. Zoommm dah hilang.

# Semua hewan jadi monyet, monyet jadi apa?
Jawapan: Jadi banyak.

# Menyalak bukannya anjing, mengiau bukannya kucing, berkokok bukannya ayam, terbang bukannya burung, mengembik bukannya kambing.. Binatang apakah itu?
Jawapan: Binatang ajaib

# Kenapa Superman berbaju ketat?
Jawapan: Baju dia saiz S, besar kat depan dada dia.

# Kalau kucing naik moto, manusia naik apa?
Jawapan: Heran

Tiada ulasan: