Selasa, November 27, 2007

Download Speed

5.30 petang: aku tengah download cerita My Sister In Law is 19. Speed slow banyak petang nih... dah le besar gaks file² dia. Yang atas skali download dari rapidshare. Yang 2 lagik tu download dari gigeshare. Selalunya rapidshare nih laju tapi tengok server gaks la. Kalo telesonera dengan apa ntah mula dengan G tu agak laju la. Bleh cecah lebih pada 100kBps.


Lebih kurang jam 2.30 pagi aku cek balik. Mana dah siap sambung download yang lain laks. Tegnok speed kira ok la skit. Tapi tak bestnya tak leh download banyak file serentak dari gigeshare nih. Nasib aku dapat 2 file serentak saja. 2 lagik guna internal proxy. 1 lagik yang atas skali tu guna external proxy. Dari negara mana ntah.


11.00 pagi aku cek semua file yang aku download dah siap. Horray. Bleh la layan.. Hohohoho


Ini adalah status penggunaan sebentar tadi. Apa yang diorang surf tak tau la.. Huhuhu (aku donlod cerita jer.. hehehe)

Sabtu, November 24, 2007

Teka Teki rakyat jelata

# Banyak-banyak kuda, kuda apa yang paling panjang?
Jawapan: Kuda yang berbaris-baris

# Banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
Jawapan: Kuih Donut

# Banyak-banyak kuih, kuih apa ada kulit bawang ditengah-tengah?
Jawapan: Kuih salah resepi

# Banyak-banyak lembu, lembu apa yang orang suka cari?
Jawapan: Lembu yang hilang… kalu tak hilang orang tak cari punya

# Banyak-banyak binatang.... binatang ape yang bertelur dan beranak.....?
Jawapan: Siput babi laaaaa.....ye la siput bertelur...babi beranak.... kenape x percaye ye.hahahahaha

# Binatang apa namanya hanya guna dua huruf sahaja?
Jawapan: U dan G (udang)

# Binatang apakah yang paling kaya didunia?
Jawapan: Beruang sebab binatang ni ber wang

# Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?
Jawapan: Ikan Belukang kerana "Blue" adalah perkataan inggeris, "Kang" adalah perkataan Jawa.

# Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
Jawapan: Bahrain kerana bah tu banjir, 'rain' tu hujan...

# Huruf jawi apa yang ada angin...
Jawapan: Huruf TA dan YA laa... (Bunyi macam Tayar, tayarkan ada angin)

# Apa Arti Peribahasa "Sambil Menyelam Minum Air"?
Jawapan: Tenggelam

# Bila slogan "Terus Maju, Pantang Berundur" nampak bodoh?
Jawapan: Waktu Kejohanan Tarik Tali

# Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai buah?
Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar. (berdasarkan pantun melayu)

# Apa dia "jauh di mata, dekat di hati"?
Jawapan: Jantung.. paru-paru pun boleh.. hempedu pun boleh.. asalkan dekat dengan hati..

# Apa bahasa cinanya "selesai makan"?
Jawapan: Sudah KEN YANG

# Apa orang islam arab kata jika:
1- Seorang pekerja jatuh bangunan lalu mati...
2- Seorang wanita berlari keliling padang tanpa seurat benang...
3- Gaji anda akan dinaikkan 30% bulan depan.
Jawapan: Mereka akan kata.
1-Inna lillahi wa ina ilahi roo jiuun.
2-Astagh firullah hal azim.
3- Alhamdulillah.

# Cuba teka apa bahasa cina-nya "orang yang cari ikan di laut"?
Jawapan: MAN CHING

# Apa dia, Ditembak ke lantai kena hidung?
Jawapan: Orang kentut

# Apa dia yang masuknya lurus keluarnya bengkok?
Jawapan: Jari tengah korek lubang hidung

# Apa dia, kalau dikeluar dari lubang besar tak dapat, tapi kalau dikeluar dari lubang kecil dapat?
Jawapan: Air Ludah

# Apa yang diiring bukan raja, ditanam bukan tanaman?
Jawapan: Orang mati nak dikubur

# Kulit bertemu kulit, bulu bertemu bulu, makin rapat makin sedap?
Jawapan: Mata mengantok nak tidur

# Kalau kotor tak dapat dicuci, kalau koyak tak dapat di jahit
Jawapan: Kertas

# Bila ditarik, yang di atas gembira dan yang di bawah pasti merana
Jawapan: Pengail yang dapat ikan.

# Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama.
Jawapan: Tapak kaki kita

# Bila dipegang, ia mati, bila dilepas, ia hidup, dibiar-biar, akhirnya mati.
Jawapan: Gasing.

# Apa perbezaan jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.

# Apa persamaan Presiden Bush dengan Saddam Hussein?
Jawapan: Dua-dua tak kenal siapa saya

# Apa pebezaan di antara sekretari baik dengan sekretari kurang baik?
Jawapan: Sekretari baik; "Selamat pagi tuan", Sekretari kurang baik; "Dah pagi ni tuan'"

# Apa persamaan kain jemuran dengan telefon?
Jawapan: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

# Apakah dia yang paling laju di dunia, lebih laju kereta F1 malah lebih laju dari Jet pejuang?
Jawapan: Maaflah tak sempat nak tengoh, sebab laju sangat. Zoommm dah hilang.

# Semua hewan jadi monyet, monyet jadi apa?
Jawapan: Jadi banyak.

# Menyalak bukannya anjing, mengiau bukannya kucing, berkokok bukannya ayam, terbang bukannya burung, mengembik bukannya kambing.. Binatang apakah itu?
Jawapan: Binatang ajaib

# Kenapa Superman berbaju ketat?
Jawapan: Baju dia saiz S, besar kat depan dada dia.

# Kalau kucing naik moto, manusia naik apa?
Jawapan: Heran

Ujian akhir CIA

Tiga lelaki sedang bersiap untuk mengikuti ujian akhir untuk menjadi agen CIA. Pegawai bertugas menyatakan yang didalam ujian akhir mereka ini, mereka dikehendaki membunuh isteri masing2.

Pegawai itu memberi senapang pada Abdul dan kemudian masuk ke bilik sebelah dimana isterinya berada. Beberapa minit kemudian lelaki itu keluar dan mengatakan dia terlalu cinta kepada isterinya, tak kuasa ia membunuhnya.

Amin memasuki bilik yang lain dengan senapang untuk membunuh isterinya. Sepuluh minit kemudian dia keluar dan menyatakan.. betapapun dia ingin jadi agen CIA, dia tak sanggup membunuh isterinya sendiri.

Kemudian pegawai itu memberikan senapang kepada Akbar dan kemudian masuk bilik yang mempunyai isterinya... Setelah 15 minit mereka semua mendengar bunyi tiga kali tembakan. Kemudian setelah beberapa minit.. lelaki itu keluar dengan nafas termengah-mengah dan berpeluh...

Pegawai itu bertanya apa yang terjadi.. dan Akbar menjawab "Tuan bagi senapang yang ada peluru kapur.. jadi aku terpaksa mencekik leher isteriku untuk membunuhnya.

Buah Durian

Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...

Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"

Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"

Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya. .

Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?

Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?

Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"

Penjual orang asli itu kebingungan. . lalu bertanya pada Samdol..

Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"

Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"

Cerita dahulu kala

Dahulu kala.. dalam kerajaan Phuket.. ada seorang raja yang mempunyai anak puteri.. Kedua anak ini mempunyai permintaan yang perlu dipenuhi. Anak pertama meminta dicarikan kuda yang mampu berlari kencang dan patuh kepada majikannya serta cantik penampilannya.

Anak kedua pula permintaannya tidak terlalu sukar.. Dia hanya minta suatu cerita. Dan ceritanya berbunyi begini... Dahulu kala.. dalam kerajaan Phuket.. ada seorang raja yang mempunyai anak puteri.. Kedua anak ini mempunyai permintaan yang perlu dipenuhi. Anak pertama meminta dicarikan kuda yang mampu berlari kencang dan patuh kepada serta cantik penampilannya.

Anak kedua pula permintaannya tidak terlalu sukar.. Dia hanya minta suatu cerita. Dan ceritanya berbunyi begini... Dahulu kala.. dalam kerajaan Phuket.. ada seorang raja yang mempunyai anak puteri.. Kedua anak ini mempunyai permintaan yang perlu dipenuhi. Anak pertama meminta dicarikan kuda yang mampu berlari kencang dan patuh kepada majikannya serta cantik penampilannya.

Anak kedua pula permintaannya tidak terlalu sukar.. Dia hanya minta suatu cerita. Dan ceritanya berbunyi begini... Dahulu kala... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... .. bla.. bla... blaaaa

Kemalangan jalanraya

Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tiang lampu dan terbalik.. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapun

Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu... lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut..

Polis : "Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?"

Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.

Polis : "Oh... kereta terbalik beberapa kali... jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?"

Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak..

Polis : "Oh... lelaki itu sedang mabuk masa memandu... . dan bagaimana pulak wanita tua itu? anak-anak juga buat apa?"

Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar.

"Oh... okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?"

Dan... si monyet kemudian menirukan gaya memandu

Untuk apa kamu datang ke sini?

"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah "Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Badang!"

"Maaf, saya tidak tahu.. encik"

"Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangani? "

"Maaf, saya tidak tahu juga, encik.."

"tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?"

"Mahu memeriksa kabel lampu ini, encik.. Saya petugas TNB"

Pisang

Ahmad dan Ali menaiki kereta api buat pertama kali dalam sejarah hidup mereka. Kedua-duanya turut membawa sesikat pisang sebagai bekalan semasa dalam perjalanan. Setelah agak lama dalam perjalanan, Ahmad memberikan sebiji pisang pada Ali. Sebaik Ali menggigit pisang di tangannya, kereta api memasuki terowong yang panjang. Ali : Kau dah makan pisang tu? Ahmad : Belum lagi... Ali : Eloklahhh... .. Jangan dimakan. Baru saja aku gigit terus mata jadi buta!...

Telur

JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba. Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya. "Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai... Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?" Jamal menjawab, "Err... . Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya! "

Zorro dan Robinhood

Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik. Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu.

Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AM ZORRO... .."

Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan jobonye jugak... . si Robin Hood kata... .
" I AM ROBIN HOOD... ... ... ... "

Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu. Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP. .. ... ... ... .!!!! PPRRAAPP. Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata... ... .
... ... "I AM SORRY... .!!"

Malu sesangat

Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar.

Psychologist tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih."

Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu."

Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!"

Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!"

Rahsia menangkap ikan

Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut... so crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.

Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"

Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi.

Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."

CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"

Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu... "

CrewTV3 : "Oooooooooooo. .. ... ."

Siapa ni?

Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut.

Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"

Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"

Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"

Jururawat: "Erkkk... "

Dot pi dot mai

Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian.

"Kenapa ni sayang?" tanya Salman.

"I diserang sakit jantung", jawab isterinya.

Salman berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata, "Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar."

Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Roslan(pun bukan nama betul) jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian. Salman menarik Roslan keluar dan berkata, "Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cubamenakutkan anak aku ye?"

Haram menikahi gadis satu kampung

MUI jakarta mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan rapat dan diskusi diantarapara pemimpin MUI dan dewan pakarnya, memberikan fatwa pada tanggal 3 oktober tahun 2003:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SEKAMPUNG"

Fatwa MUI ini telah menimbulkan perdebatan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahwa MUI telah gegabah mengambil keputusan tersebut. Untuk mencari tahu alasan MUI mengeluarkan fatwa tersebut, maka wartawan republika mewancari sekretaris umum MUI Prof. Dr. Din syamsudin

Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Pak syamsudin, bagaimana MUI bisa mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis sekampung?

Prof. Dr. Din Syamsudin: Bagaimana enggak haram, menikahi empat orang gadis aja berat, apalagi satu kampung, kan itu banyak jumlahnya... ..

Peguam Materialistik

Seorang peguam yang sangat berjaya memberhentikan Mercedes Benz siri S terbarunya di depan pejabatnya.. ketika dia membuka pintu keretanya.. sebuah lori melintas terlalu dekat menyebabkan terlanggar dan menerbangkan pintu kereta itu sekaligus menghentam bahagian depan Mercedesnya dg kuat..

Orang ramai segera datang berkerumun dan mereka melihat peguam itu menjerit-jerit dan menangis dengan histeria sambil menunjuk keretanya yang sudah kemek itu.

Beberapa minit setelah dia dapat menguasai emosinya, beberapa orang menggeleng-gelengkan kepala dan memandang hina kepada peguam itu. Seorang dari mereka berkata,

"Saya tidak sangka yang sifat matrelialistik engkau sudah keterlaluan dan mata duitan. engkau hanya pentingkan harta dan tidak pentingkan benda lain"

"kenapa engkau berkata demikian?", tanya si peguam

lelaki itu menjawab.. "Tidakkah engkau tahu yang lengan kiri engkau terputus diseret lori tadi?"

"Ya Tuhan!!", jerit si pengecara tadi dengan kuat.. "Di mana jam tangan Rolex saya?!!"

Alat Timbang

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!"

Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan:

"Tolong naik sorang-sorang. . jangan ramai-ramai! "

Before and After

Before marriage....
He: Yes. At last. It was so hard to wait.
She: Do you want me to leave?
He: No! Don't even think about it.
She: Do you love me?
He: Of course! Over and over!
She: Have you ever cheated on me?
He: No! Why are you even asking?
She: Will you kiss me?
He: Every chance I get.
She: Will you hit me?
He: Are you crazy! I'm not that kind of person!
She: Can I trust you?
He: Yes.
She: Darling!
After marriage....
Simply read from bottom to top.

Bahasa Jepun


Bahasa Jepun... Mmm... seronok gak belajar bahasa baru nih. Sebelum nih pernah belajar Bahasa Arab. Ikot pembelajaran aku Bahasa Jepun ni mudah sikit dari bahasa Arab. Tapi mudah-mudah pun payah gak la. Biasa la kan, subjek bahasa. Banyak nak kena hapal, kena ingatnnya.

Bahasa Jepun ni ada beberapa jenis tulisan. Katakana, hiragana, kanji (tulisan cina) dan romanji (huruf abc). Memang kena hapal 3 jenis tulisan jepun tu atau sekurang-kurangnya tulisan katakana dengan hiragana, kalo satu jenis saja memang tak leh nak baca.

Barisan atas sekali kanji, kedua hiragana, ketiga katakana dan last sekali tu romanji. Tulisan jepun ni adalah berdasarkan sebutan macam 'a', 'i', 'e', 'o', 'u', 'sa', 'ki', 'na' dan lain-lain. Kalo sebutan untuk 3 huruf biasanya bagi bunyi 'n' saja. Contoh macam 'nan'.

Ini jadual huruf dan sebutan dalam bahasa jepun.








Exam Lagi....

Petang kemarin aku menduduki peperiksaan bagi kertas yang ketiga. Bahasa Jepun tahap 1. Addoi... tak tau la cemana. Harap-harapnya boleh la. Karangan yang ditarget keluar nampaknya jauh tersasar dari landasan. Bukan aku sorang saja yang mengeluh. Berorang-orang lagik mengeluh. Huhuhuhu.. nak buat cemana.

Exam mula dari jam 3.00 sampai 5.30 petang. Sorang lelaki india merupakan orang yang paling awak sekali keluar dari dewan. Aku tak pasti jam berapa sebab tak tengok jam tapi memang paling awal la. Mungkin dalam 4.00 lebih macam tu.

Lebih kurang pukol 5.00 petang ramai mula keluar. Lebih kurang 1/3 aku rasa dah keluar. Bila jam hampir 5.15 lagi ramai yang keluar. 15 minit sebelum masa tamat pelajar tak akan lagi dibenarkan keluar. Jadik sebelum sampai masa tak dibenarkan keluar aku pun cuba setelkan setakat termampu dan cabut keluar. Aku rasa dalam separuh kelas dah keluar masa tu.

Kat luar sembang-sembang sekejap dengan member sekelas. "Best la hang senah, dah last paper. Aku nih baru paper ketiga. 2 lagik sedang menanti". Si senah tu pun dah nak balik kampung. Semoga selamat dalam perjalan. Jya mata, sayounara!

9 Petua Kulit Lebih Cantik

1. MINUM BANYAK AIR SEPANJANG HARI
Air menghasilkan penampilan kulit lebih jernih dan gebu. Ia juga melembap dan
memberi tenaga apabila anda bersenam.

2. MAKAN MAKANAN SEIMBANG
Penting memastikan anda makan makanan seimbang berasaskan bijirin, sayur-sayuran
dan buah-buahan serta protein rendah lemak. Semua ini menyumbang ke arah kulit
lebih sihat.

3. BERSENAM SELALU
Melakukan kegiatan jasmani @ riadah

4. TIDUR SECUKUPNYA
Memastikan tidur cukup akan membantu anda mengendalikan tekanan. Selain itu anda
dapat saksikan perbezaan ketara pada wajah apabila anda berehat dan santai.

5. BERHENTI MEROKOK
Merokok bukan saja berbahaya kepada kesihatan tetapi juga pada kulit anda. Tabiat
merokok ketika usia 20-an dan 30-an boleh menuakan kulit sebanyak 10-15 tahun
tetapi hanya ketara sewaktu usia 40-an. Kemutan bibir apabila merokok akan
menyebabkan garis kekal pada sekeliling mulut. Kulit kurang menarik apabila
kekuningan dan gelung hitam semakin ketara

6. ELAK TERDEDAH PADA MATAHARI
Pendedahan kulit pada matahari meyebabkan garis dan kedut timbul lebih cepat dan
mungkin juga kanser kulit. Hadkan pendedahan pada matahari dan guna tadbir suria
dengan SPF lebih tinggi pada waktu siang.

7. PEMBERSIH KULIT LEMBUT
Kebanyakkan wanita menggunakan sabun buku untuk membersih muka yang tajam
pada kulit dan menyebabkan kerosakannya. Pilih pembersih lembut yang mencuci kulit
tanpa merosakkannya.

8. PUPUR 2 KALI SEMINGGU
Pupur amat bagus untuk kulit tidak bermaya. Ia menanggalkan kotoran dan sel kulit
mati pada permukaan. Hasilnya kulit terasa bermaya dan segar. Pupur turut membantu
kulit menghadapi tekanan alam sekitar dan tekanan jamani.

9. AMALAN PENJAGAAN KULIT SEMPURNA
Apa jua jenis kulit atau usia, amalan penjagaan penting bagi setap wajah adalah sama.
Anda memerlukan pembersih, penyegar, pemulih dan penyubur dua kali sehari.

Khamis, November 22, 2007

Night Course




Ah Beng went to take night courses with the reasoning in future can get promotion or better job. During work, Ah Beng likes to show off to Ah Seng about his knowledge.

Ah Beng : Ah Seng ah... I've been taking night courses for 3 months already, next week is the exam.
Ah Seng : Oh... Good luck ah.

Then Ah Beng started show off...

Ah Beng : Ok, I test you, who is Graham Bell?
Ah Seng : Don't know
Ah Beng : He is the inventor of phone la... in 1876, see... if you take night courses, you would know this.
Ah Seng : ........................ *speechless*


The next day, Ah Beng shows off again...

Ah Beng : Ah Seng ah... let me ask you, who is Jean Jacques Rousseau?
Ah Seng : Wash your toilet one ah?
Ah Beng : No! He's the author of "Confessions", nah nah nah... told you already, if you take night courses, you would know this.
Ah Seng : ......................... *speechless + frustrated*


The next day, once again...

Ah Beng : Do you know who is Alexander Dumas?
Ah Seng : Your gay partner?
Ah Beng : Choiii!!! If you don't know don't simply answer la. He's the author of "The 3 Musketeers", if you take night courses, you would know this.
Ah Seng : ....................... *speechless + frustrated + irritated


This time Ah Seng cannot tahan (stand) anymore and ask Ah Beng...

Ah Seng : Eh... Do you know who is Ah Kaw?
Ah Beng : Errrr... No!
Ah Seng : He's the guy sleeping with your wife!! If you stop night courses, you would know this!!
Ah Beng : ........................ *fainted*

Rabu, November 21, 2007

Cikgu BM




Murid : Selamat pagi, Cikgu.

Cikgu
: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?
Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh
orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh
bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua
masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera Cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.
Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan
berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya,
kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, Cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar Cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum!
Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Selasa, November 20, 2007

Adab-adab Makan




1- Mulakan dengan Bismillah
وعن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أكل أحدكم فليذكر اسم الله تعالى، فإن نسي أن يذكر اسم الله تعالى في أوله، فليقل: بسم الله أوله وآخره.(رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديث حسن صحيح)
Dari 'Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, " Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: 'Bismillah'). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah 'Bismillahi awwaluhu wa akhirahu' (HR Abu Dawud dan atTirmidzi.)
2- Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)
وعن سلمة بن الأكوع رضي الله عنه أن رجلاً أكل عند رسول الله صلى الله عليه وسلم بشماله، فقال: كل بيمينك قال: لا أستطيع قال: لا استطعت ! ما منعه إلا الكبر ! فما رفعها إلى فيه. (رواه مسلم)
Dari Salamah bin al-Akwa' r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. Maka Baginda berkata: "Makanlah dengan tangan kananmu". Lelaki itu berkata: "Aku tak boleh". Baginda menjawab, "Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak!! Kemudian, tidak dapat diangkat tangannya ke mulut. (HR Muslim)
عن جابرٍ رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تأكلوا بالشمال، فإن الشيطان يأكل ويشرب بشماله (رواه مسلم)
Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya. (HR Muslim)
3- Makan yang berhampiran.
عن عمر بن أبي سلمة رضي الله عنهما قال: كنت غلاماً في حجر رسول الله صلى الله عليه وسلم، وكانت يدي تطيش في الصحفة، فقال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا غلام سم الله تعالى، وكل بيمينك، وكل مما يليك (متفقٌ عليه)
Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: Wahai budak, ucapkan 'Bismillah', makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu. (HR Bukhari dan Muslim)
4- Galakan guna tiga jari
عن كعب بن مالكٍ رضي الله عنه قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يأكل بثلاث أصابع... (رواه مسلم)
Dari Ka'ab bin Malik r.a., "Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)" (HR Muslim)
5- Larangan mencela makanan
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: ما عاب رسول الله صلى الله عليه وسلم طعاماً قط، إن اشتهاه أكله، وإن كرهه تركه. (متفقٌ عليه)
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan" (HR Bukhari dan Muslim)
6- Tidak bersandar ketika makan
عن أبي جحيفة وهب بن عبد الله رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا آكل متكئاً (رواه البخاري)
Dari Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a. berkata: Rasullah s.a.w bersabda, "Aku tidak makan sambil bersandar" (HR Bukhari)
7- Kutip makanan yang terjatuh.
وعن جابرٍ رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إذا وقعت لقمة أحدكم، فليأخذها فليمط ما كان بها من أذىً ولياكلها، ولا يدعها للشيطان، ولا يمسح يده بالمنديل حتى يلعق أصابعه فإنه لا يدري في أي طعامه البركة(رواه مسلم)
Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah s.a.w., "Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberakartan" (HR Muslim)
8- Mula makan dari tepi (pinggir)
وعن ابن عباس رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: البركة تنزل وسط الطعام، فكلوا من حافتيه ولا تأكلوا من وسطه (رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديثٌ حسنٌ صحيحٌ)
Dari Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Keberkatan terdapat di tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan dari tengah" (HR Abu Dawud dan Tirmidzi)
9- Jilat jari setelah selesai
عن ابن عباسٍ رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أكل أحدكم طعاماً، فلا يمسح أصابعه حتى يلعقها أو يلعقها. (متفقٌ عليه)
Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain)" (HR Bukhari dan Muslim)
10- Doa setelah selesai makan
عن أبي أمامة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا رفع مائدته قال: الحمد لله كثيراً طيباً مباركاً فيه، غير مكفيٍ ولا مودعٍ، ولا مستغنىً عنه ربنا
(رواه البخاري).
Dari Abi Umamah r.a., "Adalah Nabi s.a.w. apabila selesai makan menyebut, 'Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira makfiyyin wa la muwaddi'in. wa la mustaghnan 'anhu rabbana' (HR Bukhari)
وعن معاذ بن أنسٍ رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من أكل طعاماً فقال: الحمد لله الذي أطعمني هذا، ورزقنيه من غير حولٍ مني ولا قوةٍ، غفر له ما تقدم من ذنبه (رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديثٌ حسنٌ)
Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, 'Alhamdulillah- illazi ath'amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin', akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Tirmidzi)
(Rujukan: Riyadhus Solihin – Kitab Adab-adab Makan)