Sabtu, Januari 26, 2008

Pendrive Sony 32GB. Betul ke?

Aku ada terjumpa satu pendrive Sony bersaiz 32GB di satu IT Expo di UUM. Kali pertama yang terlintas dalam fikiran, "Eh, betul ke benda nih?". 32GB pada harga RM 50. Gila ke apa? Dan sememangnya aku tak yakin. Sebab dulu masa mula-mula pendrive 1GB dikeluarkan berlumba-lumba beberapa orang kawan aku beli pendrive cap Sony nih. Tapi beberapa kali guna saja lepas tu dah boleh buang dalam bakul sampah.

Ramai jugak la aku tengok orang membeli pendrive tu. Tapi lepas tu ramai jugak la yang pulangkan balik sebab tak boleh guna. Kali pertama boleh. Lepas 2-3 kali terus tak boleh guna.

Bentuk dia memang comel. Kecik saja. Apa yang aku tengok. Hari pertama dan kedua diorang jual dan hari ketiga dah tak dijual. Khabarnya dah dipulangkan barang tersebut kepada pembekal mereka. Sebab? Pikir sendiri la.

Sepanjang pengetahuan aku Sony tak pernah keluarkan pemacu pena (pendrive). Komputer riba tu ada la (kalau salah tolong betulkan).

Lepas pada tu aku pun jalan-jalan kat internet dan dengan bantuan pak cik google aku pun terjumpa beberapa link pasal Pendrive Sony 35GB yang ternyata tipu semata-mata.

Lihat di sini : http://migs.wordpress.com/2007/06/07/32g-microvault-p1/


Isnin, Januari 14, 2008

Tiga Orang Gila

TERDAPAT 3 org gila dalam satu intitusi sakit jiwa. Mereka terdiri dari Junior, Senior dan Veteran... disusun ikut jangka masa di institusi tu...

SATU hari doktor yang merawat mental mereka ni nak buat post mortem keadaan mereka. Maka sorang2 dipanggil.

JUNIOR org pertama... doktor tu memberi situasi. "Kamu, kalo dihantar ke padang pasir... apa benda paling penting dibawa bersama?" JUNIOR berfikir seketika..."Padang pasir panas..." Doktor angguk..."Ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik. "Jadi saya nak bawa air...haus kalo duduk sana..." Doktor tu sangat senang hati mendengar jawapan JUNIOR...

Kemudian, dia memanggil lagi SENIOR pulak... Soalan sama ditanya oleh doktor tu..."Yang saya tau, padang pasir tu panas..." SENIOR berkata setelah berfikir panjang..."Ya!" Jawap doktor tu penuh semangat. "Gitu, saya nak bawak kipas, mesti berpeluh betul tu kat sana!" Doktor tu puas hati dengan jawapan yang diberikan...

Kemudian, VETERAN pula dipanggil..."Awak dah lama benar di sini kan?" "Ya, tuan doktor" jawab VETERAN selamba.. Kemudian doktor tu ajukan soalan sama seperti dua rakan VETERAN sebelum ni... "Oh, padang pasir, memang panas betul sana..." VETERAN tidak ambil masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba ja. "YA!" doktor tu cukup senang hati, dalam fikirannya pasti VETERAN ni dah sembuh, boleh dilepaskan pada bila2 masa ja... "Kalo gitu, saya rasa... Nak bawak pintu kereta..."

Tersentak seketika doktor tu mendengar jawapan VETERAN "KENAPA PULAK NAK BAWA PINTU KERETA KE PADANG PASIR?????" VETERAN tu, dengan penuh yakin menjawab, "Kerana, kalo panas sangat, saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!"

Pemuda yang jujur

Alkisah diceritakan dalam hikayat satu hari satu malam maka tersebutlah kisah seorang pencari kayu. Adapun si pencari kayu ini terkenal dengan sifat jujurnya lagi ikhlas. Beliau tinggal dipinggir hutan bersama isteri tersayang, hidup bahagia walaupun tiada cahayamata.

Suatu hari,ketika pencari kayu sedang menebang sebatang pokok di tepi sungai dengan tak semena-mena terlepaslah kapak besinya ke dalam sungai.Si pencari kayu berasa sedih kerana satu-satunya kapak yang merupakan hartanya telah hilang dalam sungai yang dalam itu.

Tiba-tiba muncul menjelma seorang pari-pari dan bertanya pada si pencari kayu,"Mengapa bermuram durja wahai tuan hamba?".Si pencari kayu pun memberitahu keadaan hal yang berlaku.Pari-pari tadi turun ke dalam sungai dan muncul dengan membawa kehadapan pencari kayu sebilah kapak emas.

"Adakah ini kapak milik tuan hamba?", tanya pari-pari.
"Bukan...",jawab si pencari kayu ringkas. Pari-pari turun semula ke dalam sungai dan kembali dengan membawa kapak dari perak.
"Yang ini tuan hamba punya?",tanya pari-pari lagi.
"Bukan yang ini",jawab si pencari kayu.
Sekali lagi pari-pari turun ke dalam sungai kali ini membawa kapak dari gangsa.
"Err..mungkin yang ini?" duga pari-pari.
"Pacal yang hina ini tidak mempunyai kapak yang bernilai ini",jawab si pencari kayu jujur.

Akhirnya pari-pari turun ke dalam sungai dan naik memegang kapak besi milik si pencari kayu."Ya, inilah kapak hamba yang terjatuh ke dalam sungai tadi". Gembira dengan sifat kejujuran si pencari kayu, maka pari-pari memberi kesemua ke empat-empat kapak kepada si pencari kayu.

Si pencari kayu pulang ke rumah begitu gembira sekali. Selang beberapa tahun,si pencari kayu dan isteri berjalan di tepi sungai menuju ke pekan. Si isteri tersadung kaki pada batu lalu terjatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul. Maka meratap menangis si pencari kayu atas kehilangan isteri tercinta. Pari-pari muncul lagi lalu bertanya akan hal keadaan yang menimpa si pencari kayu.Dengan nada sedih beliau berkata,"Isteri hamba jatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul...".

Dengan segera pari-pari turun ke dalam sungai kembali bersama-samanya Siti Nurhaliza.

"Ini isteri tuan hamba?,"tanya pari-pari menduga.
"Yes..yes", jawab si pencari kayu.
Pari-pari begitu marah, "Penipu, pembohonggg...., nah terima baaa...", belum sempat pari-pari habis menyumpah, si pencari kayu berkata, "Maafkan hamba!Bukan niat hamba berbuat demikian. Ini hanya salah faham".
"Jikalau hamba berkata 'TIDAK', tentu tuan hamba akan muncul dengan Maya Karin dan selepas itu Nasha Aziz. Akhirnya jikalau tuan hamba muncul bersama isteri hamba dan hamba kata 'YA" tentu tuan hamba akan memberi keempat-empat mereka kepada hamba sedangkan hamba cuma seorang pencari kayu yang miskin... mana larat nak maintain semua tu... boleh tercabut kepala lutut... Sebab itulah hamba kata 'YA'!!!".....terang si pencari kayu ikhlas.

Pari-pari pun pergi dari situ dengan penuh tanda tanya!!!

ANNIE BUDDY ? ANNIE WAN ? NOE WAN ? SUM BUDDY ?

Lee Sum Wan : Hello can i speak to Annie Wan

Mr Sori : Yes u could speak to me.

Lee Sum Wan : No, i want to speak to Annie Wan!

Mr Sori : You are talking to someone! Who is this?

Lee Sum Wan : Im Sum Wan. And i need to talk to Annie Wan! Its urgent.

Mr Sori : I know u are someone and u want to talk to anyone! But whats this urgent matter about?

Lee Sum Wan : Well just tell my sister Annie Wan that our brother was involved in an accident. Noe Wan got injured and now Noe wan is being sent to the hospital. Right now Avery Wan is going to the hospital.

Mr Sori : Look if no one was injured and no one was sent to the hospital from the accident that is'nt an urgent matter! You may find this hilarious but i dont have time for this!!!

Lee Sum Wan : You are rude. Who are you?

Mr Sori : Im Sori.

Lee Sum Wan : You should be sorry. Now give me your name!

Mr Sori : Im Sori!!

Lee Sum Wan : I dont like your tone of voice Mr and i dont care, give me your name!

Mr Sori : Look lady, I told you already Im Sori! Im Sori!! Im SORI!!! you didnt even give me your name!

Lee Sum Wan : I told u before i'm Sum Wan! Sum Wan!!! You better be careful my father is Sum Buddy. And my uncle holds a very big position in the company. He is Noe Buddy.

Mr Sori : Oh i'm so scared(sarcastically). Look i dont care about your uncle he's a nobody. Everybody thinks his top dog and holding an important position in the company.

Lee Sum Wan : No, Avery Buddy just married my aunt. And Avery Buddy doesn't work there.

Mr Sori : Like i said i dont care which one of yr aunt screws everybody and i also know that not everybody works here! Jeez!!!

Lee Sum Wan : Wheech Wan is my sis!

Mr. Sori : I don't know which one is yr sis! Why in gods name u think i do!? Look i got work to do and if i'm feeling mischievious i'll broadcast it on the P.A system saying.

"Attention, someone called and said that anyones brother just got involved in an accident. But not to worry no one got injured and no one was sent to the hospital. But everyone is going to the hospital anyways. The father maybe a somebody but if u're their uncle, u're a nobody. how bout that!?"

Toot....Toot....Toot.................

Hanif & Tony

Ada doa orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila.

Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang. Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu.

Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam kolam....apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh,nasib baik tak lemas. Memandangkan Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukan, Si Hanif dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanya ke dalam bilik mereka.

Keesokan harinya Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan.Kira pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Hanif beliau mula berkata, " Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak.

Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang waras. Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung.

Dengan muka selamba Si Hanif pun menjawab, Tidak tuan dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering".Justify Full

50 Sen Jerrr....

Seorang budak kecil sedang memanjat pokok mangga di tepi rumahnya, tetiba dibawahnya melintas penghulu kampung tersebut sambil memandang keatas.

"Masyaallah" Tok penghulu tersebut tetiba bersuara dan menyuruh budak kecil tersebut turun. Setelah budak kecil itu turun, Tok penghulu memarahi beliau.

Tok penghulu : Hey budak, lain kali kalau nak memanjat pokok, pakai seluar dalam dulu. Tak senonoh betul.

Tok penghulu tersebut memberikan wang RM5.00 dan menyuruh budak itu membeli seluar dalam. Setelah pulang kerumah,budak tersebut menceritakan segala-nya kepada emak nya. Esok pagi-pagi lagi,emak budak tersebut pula memanjat pokok tersebut tanpa memakai seluar dalam.

Dalam hatinya berkata "kalau anak aku boleh dapat RM5.00, aku yang dah besar ni, koman-koman boleh dapat RM20.00" Seperti semalam, tok penghulu sekali lagi melintas kawasan tersebut sambil memandang keatas.

"Masyaallah" sekali lagi tok penghulu terkejut dan memanggil emak budak tersebut turun. Dengan hati yang gembira kerana perangkapnya untuk mendapat RM20.00 akhirnya hampir menjadi kenyataan, Tok penghulu berkata : "Kamu dengan anak kamu sama saja, dah tahu nak panjat pokok, pakai lah seluar dalam... tak senonoh betul.

Selepas selesai membebel Tok penghulu menyeluk poketnya dan mengambil wang lalu berkata:-

"Nah 50 sen, pergi beli pisau cukur"