Sabtu, November 24, 2007

Exam Lagi....

Petang kemarin aku menduduki peperiksaan bagi kertas yang ketiga. Bahasa Jepun tahap 1. Addoi... tak tau la cemana. Harap-harapnya boleh la. Karangan yang ditarget keluar nampaknya jauh tersasar dari landasan. Bukan aku sorang saja yang mengeluh. Berorang-orang lagik mengeluh. Huhuhuhu.. nak buat cemana.

Exam mula dari jam 3.00 sampai 5.30 petang. Sorang lelaki india merupakan orang yang paling awak sekali keluar dari dewan. Aku tak pasti jam berapa sebab tak tengok jam tapi memang paling awal la. Mungkin dalam 4.00 lebih macam tu.

Lebih kurang pukol 5.00 petang ramai mula keluar. Lebih kurang 1/3 aku rasa dah keluar. Bila jam hampir 5.15 lagi ramai yang keluar. 15 minit sebelum masa tamat pelajar tak akan lagi dibenarkan keluar. Jadik sebelum sampai masa tak dibenarkan keluar aku pun cuba setelkan setakat termampu dan cabut keluar. Aku rasa dalam separuh kelas dah keluar masa tu.

Kat luar sembang-sembang sekejap dengan member sekelas. "Best la hang senah, dah last paper. Aku nih baru paper ketiga. 2 lagik sedang menanti". Si senah tu pun dah nak balik kampung. Semoga selamat dalam perjalan. Jya mata, sayounara!

Tiada ulasan: