Jumaat, Februari 01, 2013

Hello :-)

Salam / Hello :-)
Nampaknya lepas 5 tahun tetiba rasa nak bukak tengok balik...
Nak edjast pon aku tak tau dah nak tekan butang mana satu nih !

Hoho !

Selasa, September 23, 2008

Prabayar Celcom Blue

Celcom telah melancarkan prabayar terbaru yang dipanggil Celcom Blue. Sebelum nih ada Xpax dengan tiga plan (Lite (SMS murah), Mid (flat rate), dan Max plan. Kemudian prabayar khas untuk remaja (pelajar sebenarnya) iaitu Student of X (SOX) khas untuk manusia sehingga 18 tahun, University of X (UOX) khas untuk manusia sehingga 25 tahun dan yang terbaru Celcom Blue, khas untuk mereka yang 26 tahun ke atas la.

Kadar untuk SOX dan UOX memang la murah. Rujruk web dia sebab aku nak copy paste rate dia tu besar sangaq (www.xpax.com.my)

Kat bawah ni pulak kadar dan perbandingan antara Celcom blue dan Xpax (Lite, Mid, Max). Pilih la yang mana hangpa suka.

lite plan mid plan max plan celcom blue

Selasa, September 02, 2008

Lawak : Kartun

Isnin, Ogos 18, 2008

Acer Aspire 4530 Windows XP driver

Adik kepada officemate aku nih baru beli laptop (Acer Aspire 4530). Laptop tu masa beli pasang Linux OS saja... Jadik dia pun nak format balik dan install XP. Dia kata dah try tapi bila part nak install tu tak dapat.

Mmm.. jadik aku pun tengok setting pada bios dia. Bagi laptop yang pakai SATA Hard disk, pastikan ubah mode dalam bios kepada IDE. Ini supaya XP dapat kenal hard disk tu masa proses pemasangan nanti. Kalo tak dia akan keluar error tak jumpa hard disk. Lebih kurang macam tu la...

Bila dah berjaya install Windows XP masalah seterusnya pulak adalah driver. Pegi tengok pada website acer malaysia. Driver ada tapi untuk vista sahaja. Jadik aku pun mintak bantuan pak cik google. Driver tu ada pada website Acer China dan aku tak jumpa butang untuk terjemahkan page tu kepada bahasa yang aku paham :P. Sekali lagi bantuan pak cik google diperlukan untuk terjemahkan page tersebut. Dan ini adalah page tersebut bersama link untuk download drivernya...

Aspire 4530 Windows XP Driver --> http://www.acer.com.cn/driver/check_whole.asp?a=d32&sort=notebook&product=AS4530&path=WinXP

Senarai driver (Download yang korang pakai dah le)
1. AHCI driver
2. Atheros wireless card
3. Broadcom wireless card
4. Bison camera
5. Suyin camera
6. Launch Manager
7. nVidia graphics
8. Conexant Modem
9. Synaptics Touchpad
10. Card Reader
11. Bluetooth
12. Sound System
13. LAN (Broadcom)
14. Motherboard

Intelligent Chair



Ini merupakan projek research pelajar-pelajar universiti di Netherland, Universiti Eindhoven (http://en.wikipedia.org/wiki/Eindhoven_University_of_Technology)

Konsep dia sama macam alat vacuum Roomba tu. Bersihkan bila ada sampah. Tapi yang ini kerusi akan ikot kemana tuan dia pergi (dalam perimeter dia la). Dan boleh susun sendiri (tengok baru tau). :D

Sabtu, Ogos 16, 2008

Toyota Camry yang jimat minyak

Peningkatan harga Petrol dan Diesel seluruh dunia menyebabkan banyak orang terpaksa mengambil langkah2 untuk penjimatan minyak. Kereta juga dibeli bukan lagi berdasarkan rupa, gaya dan kualiti enjin, tetapi berdasarkan fuel consumptionnya...

Atas sebab tersebut, Toyota, salah satu pengeluar kereta gergasi dari Jepun telah mengubahsuai kereta Toyota Camry nya bagi tujuan untuk meningkatkan jualan dan pada masa yang sama menepati citarasa golongan kaya yang meminati kereta tersebut

Berikut adalah model Camry yang baru tersebut:




Akibat menukar kerja

Pada suatu hari, adalah sebuah teksi melalui jalan di suatu pekan nie. Nak dijadikan cerita si penumpang teksi nie telah menepuk bahu si pemandu teksi untuk bertanyakan satu soalan. Tiba-tiba pemandu teksi tersebut menjerit sekuat hati dan kehilangan kawalan terhadap kenderaan yang dipandunya. Teksi tersebut hampir nyaris2 berlanggar dengan sebuah bas terus naik ke laluan pejalan kaki dan berhenti hanya beberapa sentimeter dari cermin sebuah kedai.
Untuk seberapa ketikanya suasana di dalam teksi tersebut sunyi- sepi. Dah masing- masing masih lagi dalam keadaan terkezut. Kemudian si pemandu teksi berkata,” Nak lain kali jangan buat macam tue lagi. Berderau darah pak cik nak!”.
Si penumpang meminta maaf dan berkata, “ saya tak tahu yang kalau saya tepuk sikit jer pak cik boleh terperanjat sampai macam nie sekali’.
Pemandu teksi tersebut pun tarik nafas dan menjawab,” Maaf nak, bukan salah anak pun. Sebenarnya hari nie hari pertama pak cik bawak teksi, sebelum nie pak cik bawak van mayat selama 25 tahun…..

Akta 15..ramai yg tak tahu


Sepasang kekasih baru bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating...


Hamid : 'Kita nak kemana nie?'
Rosni : 'Tak kisah la.. mana-mana pun boleh'
Hamid : 'Apa kata kalau kita ke pantai..'
Rosni : 'Saya ok aje..'

Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar dari kereta.. mereka hanya berehat sambil berbual-bual di dalam kereta. Mulanya berbual biasa.. lama-kelamaan.. Hamid meletakkan tangannya dipaha Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah.. Beberapa minit kemudian.. Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas... Rosni masih tidak membantah... hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi.. Rosni berkata dengan sopan..

'Abang Hamid... ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial'.

Setelah mendengarkan teguran Rosni itu..

Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu..

Hamid : 'Maafkan saya'
Rosni : 'Tak apa'

Lalu mereka pulang... Di rumah.. Hamid terus masuk ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya.­..

'…Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan Sahaja'

Minta tolong

Seorang gadis sedang sibuk menulis di atas meja di dalam pejabat pos. Tiba - tiba dia didatangi oleh seorang lelaki separuh umur.

"Maaf kan saya,"kata lelaki itu. "Saya nak minta tolong sedikit ni....boleh tak saudari menulis dan menghantar poskad ini bagi pihak saya?" Gadis tersebut bersetuju dan meminta barang - barang tersebut. Dia juga tidak kisah untuk menandatanganinya selepas menulisnya nanti.

"O.k! Siap,"kata gadis tersebut tersenyum sambil menghulurkan poskad yang telah ditulis dan ditandatanganinya. Gadis itu pun meminta diri . Tak sampai beberapa langkah berjalan, gadis itu berhenti kerana dipanggil oleh lelaki tadi. Sambil senyum gadis itu bersuara, "Er...ada apa-apa lagi yang boleh saya lakukan untuk encik?"

"Ya," jawab lelaki tersebut. "Di bahagian bawah poskad ini tolong tuliskan : P/S - Maafkan saya kerana tulisan ini tidak cantik."

Baca doa sebelum makan

Di suatu malam yang hening... Pak pandir dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yg berdekatan dengan rumah mereka. Antara ceramahnya adalah membaca doa sebelum makan." Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang...." kata ustaz itu.Lalu pak pandir ni pun baliklah bersama bininya malam tue. Semasa sedang makan malam tu, pak pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali. Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak pak pandir nie asyik terkentuuooot memanjang.Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak Pandir, "Awak makan apa sampai jadi camni?". "Tadi aku makan julap tak baca doa, biar padan muka syaitan tu.... berak-berak makan julap....muahahahahahaha!!!!! Sesungguhnya... niat pak pandir memang suci...

Aksi lumba haram

Amat, Abu, dan Budin

Amat, Abu dan Budin tersesat di dalam hutan sewaktu memburu. Mereka kemudiannya ditangkap oleh sekumpulan orang asli yang merupakan cannibal.

Sewaktu dihadapkan ke ketua puak cannibal, ketua puak mengatakan mereka tidak akan dijadikan sup dan dimakan jika mereka lepas ujian yang akan diberikan. Mereka dikehendaki pergi ke dalam hutan dan mencari 10 buah yang sama jenis. Lalu mereka pun pergi la ke dalam hutan bersama2 beberapa orang asli yang akan mempastikan mereka takkan lari.

Amat kembali dan membawa 10 biji buah epal. Ketua puak cannibal itu kemudiannya berkata "Kamu dikehendaki menyumbat kesemua buah2 tersebut kedalam lubang b***** kamu tanpa sebarang ekspressi diwajah kamu atau kamu akan dimakan!". Maka bermulalah sesi menyumbat buah epal ke dalam lubang b***** Amat, SATU!!! jerit semua orang-orang asli. Belum sempat epal kedua disumbat, Amat sudah menjerit kesakitan, lalu Amat diikat dan diletak dalam kawah besar untuk direbus jadi sup.

Abu pula kembali membawa 10 biji anggur. Ketua puak menerangkan perkara yang sama kepada Abu. Abu merasa takdelah susah mana. Dari jauh Amat mendengar orang-orang asli menjerit SATU!!! DUA!!!! TIGA!!! EMPAT!!! LIMA!!! ENAM!!! TUJUH!!! LAPAN!!!!, tiba-tiba Amat terdengar Abu ketawa terbahak-baha. Beberapa minit kemudian Abu diletakkan bersebelahan Amat dalam kawah besar.

"Weiii yang ko gelak apehal???...ko dah nak lepas tadi dah!!" bentak Amat.

Abu jawab "takleh tahanla beb...tengah aku relax2 sumbat anggur tiba2
" Budin balik bawak tembikai 10 bijik".

Hiasan Laman

Sapa ajar


Isk isk isk... kecik² lagi dah pandai...


Bila bapak dia dapat tau...



hahahahahahh

Asal istilah terkejut berok

Cerek yang haram digunakan

Keluarga Saya

Kenali diri melalui rambut

Kenali diri melalui rambut oleh Dr. Fadhilah Kamsah 

1) RAMBUT LURUS -
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan
 
2) RAMBUT KERINTING TEBAL-
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung
 
3) RAMBUT KERENTING NEGRO-
bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah
 
 4) RAMBUT IKAL MAYANG-
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kanseseorang dengan kesilapan lalu.
 
 5) RAMBUT HALUS/LEMBUT-
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.
 
6) RAMBUT SIKIT-
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego,dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.
 
 7) RAMBUT PERANG-
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf,sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL-  
bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.  

9) RAMBUT KUSUT-
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan. (kalu nak nmpk bijak mcm empunya pesen rambut gini....usahakasik kusut rambut korang....)
 
10) RAMBUT BERUBAN-
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri
 
11)TIADA RAMBUT-
(Botak) ..kesian
 
12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN -
itu rambutaaannnnnnnnnnnnnnnnnn..... Huahuahuahuahua

Jumaat, Ogos 15, 2008

Cara nak sembunyi komen kat Myspace

Teknik 1

1. Cari bahagian 'About Me'
    Profile --> My Profile --> About Me

2. Masukkan kod ini

   <style type="text/css">
        table.friendsComments
        {
        display: none;
        visibility: hidden;
        }
   </style>

Selamat Mencuba !

Khamis, Ogos 14, 2008

Main-main teka teki

Susahnya Soalan matematik ni!!!!
Siapa  yg rasa dia terror matematik tu boleh cuba jawab...
Sekarang si ibu  21 tahun lebih tua dari anaknya.
6 tahun kemudian, umur ibunya adalah 5 kali  ganda umur anaknya.

SOALAN:
Bapanya sekarang berada di mana   ?
Silakan berpikir dan menjawab secara ilmiah/matematik, sila buktikan  bahawa kamu punya kemampuan untuk berpikir secara   wajar...
Tetapi...... .
Jikalau kamu malas, terlalu sibuk, terlalu...dll yang membuat kamu tidak mahu menghitung atau tidak  percaya bahawa hal ini bukan JOKE semata.....

cuba lihat jawapan di   bawah...
Sekarang  ibunya (M) 21 tahun lebih tua dari anaknya (A)
M = A + 21

6  tahun kemudian, umur ibunya jadi 5 kali ganda umur anak
M + 6 = (A +  6) x 5
dimana M = A + 21
A + 21 + 6 = (A + 6) x 5
A + 27 = 5A +   30
27 - 30 = 5A - A
-3 = 4A
A =   -3/4

Bererti umur  anaknya sekarang
* 3/4 tahun = - 3/4 x 12 bulan = - 9 bulan.

Bererti  anaknya sekarang belum lahir (akan lahir
kira-kira 9 bulan kemudian)

Kesimpulannya, sekarang Bapanya berada di   ...
atas  ibunya atau di bawah atau di sebelah (mengikut posisi kesukaan  masing-masing) . Si anak baru hendak dihasilkan ...ha... ha...  ha.....

Dah pi buat keje jangan nak fikir lagi posisi apa pulak yang best.... he he he