Isnin, Ogos 18, 2008

Acer Aspire 4530 Windows XP driver

Adik kepada officemate aku nih baru beli laptop (Acer Aspire 4530). Laptop tu masa beli pasang Linux OS saja... Jadik dia pun nak format balik dan install XP. Dia kata dah try tapi bila part nak install tu tak dapat.

Mmm.. jadik aku pun tengok setting pada bios dia. Bagi laptop yang pakai SATA Hard disk, pastikan ubah mode dalam bios kepada IDE. Ini supaya XP dapat kenal hard disk tu masa proses pemasangan nanti. Kalo tak dia akan keluar error tak jumpa hard disk. Lebih kurang macam tu la...

Bila dah berjaya install Windows XP masalah seterusnya pulak adalah driver. Pegi tengok pada website acer malaysia. Driver ada tapi untuk vista sahaja. Jadik aku pun mintak bantuan pak cik google. Driver tu ada pada website Acer China dan aku tak jumpa butang untuk terjemahkan page tu kepada bahasa yang aku paham :P. Sekali lagi bantuan pak cik google diperlukan untuk terjemahkan page tersebut. Dan ini adalah page tersebut bersama link untuk download drivernya...

Aspire 4530 Windows XP Driver --> http://www.acer.com.cn/driver/check_whole.asp?a=d32&sort=notebook&product=AS4530&path=WinXP

Senarai driver (Download yang korang pakai dah le)
1. AHCI driver
2. Atheros wireless card
3. Broadcom wireless card
4. Bison camera
5. Suyin camera
6. Launch Manager
7. nVidia graphics
8. Conexant Modem
9. Synaptics Touchpad
10. Card Reader
11. Bluetooth
12. Sound System
13. LAN (Broadcom)
14. Motherboard

Tiada ulasan: