Celcom telah melancarkan prabayar terbaru yang dipanggil Celcom Blue. Sebelum nih ada Xpax dengan tiga plan (Lite (SMS murah), Mid (flat rate), dan Max plan. Kemudian prabayar khas untuk remaja (pelajar sebenarnya) iaitu Student of X (SOX) khas untuk manusia sehingga 18 tahun, University of X (UOX) khas untuk manusia sehingga 25 tahun dan yang terbaru Celcom Blue, khas untuk mereka yang 26 tahun ke atas la.
Kadar untuk SOX dan UOX memang la murah. Rujruk web dia sebab aku nak copy paste rate dia tu besar sangaq (www.xpax.com.my)
Kat bawah ni pulak kadar dan perbandingan antara Celcom blue dan Xpax (Lite, Mid, Max). Pilih la yang mana hangpa suka.
![]()
Selasa, September 23, 2008
Prabayar Celcom Blue
Tukang taip --> al-siput® pada 10:17 8 Tukang Komen
Selasa, September 02, 2008
Isnin, Ogos 18, 2008
Acer Aspire 4530 Windows XP driver
Adik kepada officemate aku nih baru beli laptop (Acer Aspire 4530). Laptop tu masa beli pasang Linux OS saja... Jadik dia pun nak format balik dan install XP. Dia kata dah try tapi bila part nak install tu tak dapat.
Mmm.. jadik aku pun tengok setting pada bios dia. Bagi laptop yang pakai SATA Hard disk, pastikan ubah mode dalam bios kepada IDE. Ini supaya XP dapat kenal hard disk tu masa proses pemasangan nanti. Kalo tak dia akan keluar error tak jumpa hard disk. Lebih kurang macam tu la...
Bila dah berjaya install Windows XP masalah seterusnya pulak adalah driver. Pegi tengok pada website acer malaysia. Driver ada tapi untuk vista sahaja. Jadik aku pun mintak bantuan pak cik google. Driver tu ada pada website Acer China dan aku tak jumpa butang untuk terjemahkan page tu kepada bahasa yang aku paham :P. Sekali lagi bantuan pak cik google diperlukan untuk terjemahkan page tersebut. Dan ini adalah page tersebut bersama link untuk download drivernya...
Aspire 4530 Windows XP Driver --> http://www.acer.com.cn/driver/check_whole.asp?a=d32&sort=notebook&product=AS4530&path=WinXP
Senarai driver (Download yang korang pakai dah le)
1. AHCI driver
2. Atheros wireless card
3. Broadcom wireless card
4. Bison camera
5. Suyin camera
6. Launch Manager
7. nVidia graphics
8. Conexant Modem
9. Synaptics Touchpad
10. Card Reader
11. Bluetooth
12. Sound System
13. LAN (Broadcom)
14. Motherboard
Label: Acer, Driver, Windows XP
Tukang taip --> al-siput® pada 17:12 0 Tukang Komen
Intelligent Chair
Ini merupakan projek research pelajar-pelajar universiti di Netherland, Universiti Eindhoven (http://en.wikipedia.org/wiki/Eindhoven_University_of_Technology)
Konsep dia sama macam alat vacuum Roomba tu. Bersihkan bila ada sampah. Tapi yang ini kerusi akan ikot kemana tuan dia pergi (dalam perimeter dia la). Dan boleh susun sendiri (tengok baru tau). :D
Label: Inovation
Tukang taip --> al-siput® pada 17:12 0 Tukang Komen
Sabtu, Ogos 16, 2008
Toyota Camry yang jimat minyak
Atas sebab tersebut, Toyota, salah satu pengeluar kereta gergasi dari Jepun telah mengubahsuai kereta Toyota Camry nya bagi tujuan untuk meningkatkan jualan dan pada masa yang sama menepati citarasa golongan kaya yang meminati kereta tersebut
Berikut adalah model Camry yang baru tersebut:
Label: Gambar Lawak, Relaks Otak
Tukang taip --> al-siput® pada 20:19 0 Tukang Komen







