Selasa, Julai 29, 2008

Buka dua Yahoo Messenger seretak

Tips untuk buka dua yahoo messenger serentak.

1. pergi ke 'Start Menu' pilih ‘Run’
2. Taip ‘regedit’
3. Gi ke ‘HKEY_CURRENT_USER’ >> software >>
yahoo >> pager >> test
4. Klik kanan >> new >> DWORD Value
5. Namakan dia ‘plural’
6. Klik kanan pada plural >> modify
7. Tukar O kepada 1 dan klik OK.

Sudu dan Benang

Pengajaran yang tak ternilai bilamana jururunding boleh membawa perubahan yang besar terhadap mana-mana syarikat.

Minggu lepas, kami membawa kengkawan ke satu restoren baru, dan aku perasan yang pelayan kami meletakkan sudu di dalam poket bajunya. Ia agak pelik. Bila pelayan lagi satu membawa air kosong dan utensil, dia nih pun ada sudu dalam poket bajunya. Apalagi aku tengok sekeliling memang semua pelayan restoren ini letak sudu dalam poket baju mereka. Bila pelayan tadi datang membawa hidangan sup aku bertanya, 'Kenapa dengan sudu tuh?'

'Sebenarnya', dia menerangkan, 'bos kami baru lepas mengupah juruperunding ABC untuk merombak perniagaannya. Selepas beberapa bulan mengkaji, mereka merumuskan sudu adalah utensil yang selalu terjatuh. Lebih kurang 3 sudu terjatuh setiap meja sejam. Jika kakitangan kami lebih bersedia, maka kami mampu mengurangkan trip pergi balik dari meja pelanggan ke dapur dan menjimat! kan 15 jam seorang setiap syif'.

Dah nak jadik cerita katakan, sudu aku terjatuh dan pelayan tadi telahpun mengantikannya dengan sudu di poketnya. 'Nanti saya pergi ambil sudu bila masa saya perlu pergi ke dapur, lagipun buat apa nak habiskan masa sekarang'.

Aku amatlah kagum. Tak silap aku juga di zip seluarnya ada seutas benang. Sekali pandang, semua pelayan restoren ini memakainya. Jadi sebelum pelayan tadi blah, aku tanya, 'Tumpang tanya, boleh tak kamu beritahu saya kenapa ada seutas benang di zip seluar kamu?'

'Boleh, apa salahnya!' Selepas itu dia merendahkan suaranya. 'Tak semua orang perasan benang ni.'

'Jururunding tersebut juga mencadangkan yang kami boleh menjimatkan masa semasa ke tandas. Dengan mengikat benang ini di kepala anu kami, kami boleh menarik benang sahaja tanpa memegang anu kami, dengan ini, kami tidak perlu membasuh tangan sebelum keluar melayan pelanggan, ini dapat memendekkan masa sebanyak 76.39 peratus.. Aku bertanya ! lagi 'Lepas awak keluarkan anu awak, macam mana awak memasukkan ia bal ik kedalam seluar?'

'Sebenarnya,' dia membisik, 'saya tak tahu orang lain, tapi, saya gunakan sudu di dalam poket saya tadi.'

Aduhai... bila suami makan luar

Suatu hari, sedang Kak Jah jemur kain yang baru dibasuhnya dengan washing machine pagi tadi, dia ternampak si Milah, jiran sebelahnya, menangis teresak-esak dekat buaian di laman rumahnya.
Memandangkan Kak Jah ni lebih tua dari Milah, dia merasa simpati melihat Milah asyik menangis. Lalu dia bertanya kepada si Milah
"Apa kena ngko Milah, menangis teresak-esak ni?"
Milah pun jawab, "Bang Tam tu haaa.. Milah dapat tahu dia 'makan luar'
Kak Jah pun menyirap bila dengar suami jirannya makan luar, lalu dia pun mencelah
"Tu lah Milah, berapa kali akak dah cakap dah!!
Orang laki sekarang bukan boleh percaya lagi Milah!
Kita ni kerja teruk teruk nak bantu keluarga, dia senang senang je cari pompuan lain! "
Kak Jah sambung lagi, "Suami ngko ni Milah, nampak saja gemuk, tapi jangan ingat lelaki gemuk ni takde nafsu! Sama je macam laki lain! "
Milah yang tadinya diam, lalu menyampuk
"Eh? Apa benda yang akak cakap ni?
Suami saya bukan ada affair dgn pompuan lain.
Dia katanya nak diet. Jadi saya sediakan lah bekal nestum untuk lunch dia.
Bila balik rumah, saya tengok rupanya dia tak makan nestum tu.
Dia makan kat kedai mamak dengan kekawan dia.
Tu yang Milah marah tu, macam kena tipu! "
"Laahhhh ye ke Milah?? Errrrr... oklah Milah, akak masuk dalam dulu. Rasanya anak akak dah bising tu nak makan. Errr.. nanti kirim salam lah kat suami ngko tu ye. " Kak Jah cepat cepat masuk rumah lepas tu. Mukanya merah padam, sebab tuduh melulu tadi.

Mengenali Pak Pandir

  • * dia call seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang itu.
  • * dia fax surat dengan stem diatasnya.
  • * cuba melemaskan ikan dengan merendamnya didalam air.
  • * cuba tanya harga barang di kedai dua ringgit.
  • * study hard untuk ujian darah.
  • * tertinggal bas no 20, kemudian mengambil bas no 10 dua kali.
  • * fikir kumpulan peterpan boleh terbang diangkasa.
  • * vote untuk Mawi setiap kali astro ulang tayang konsert akademi fantasia.
  • * Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.
  • * mengira bilangan penumpang bas sebelum naik.