Sabtu, Ogos 16, 2008

Akibat menukar kerja

Pada suatu hari, adalah sebuah teksi melalui jalan di suatu pekan nie. Nak dijadikan cerita si penumpang teksi nie telah menepuk bahu si pemandu teksi untuk bertanyakan satu soalan. Tiba-tiba pemandu teksi tersebut menjerit sekuat hati dan kehilangan kawalan terhadap kenderaan yang dipandunya. Teksi tersebut hampir nyaris2 berlanggar dengan sebuah bas terus naik ke laluan pejalan kaki dan berhenti hanya beberapa sentimeter dari cermin sebuah kedai.
Untuk seberapa ketikanya suasana di dalam teksi tersebut sunyi- sepi. Dah masing- masing masih lagi dalam keadaan terkezut. Kemudian si pemandu teksi berkata,” Nak lain kali jangan buat macam tue lagi. Berderau darah pak cik nak!”.
Si penumpang meminta maaf dan berkata, “ saya tak tahu yang kalau saya tepuk sikit jer pak cik boleh terperanjat sampai macam nie sekali’.
Pemandu teksi tersebut pun tarik nafas dan menjawab,” Maaf nak, bukan salah anak pun. Sebenarnya hari nie hari pertama pak cik bawak teksi, sebelum nie pak cik bawak van mayat selama 25 tahun…..

Tiada ulasan: