Isnin, Januari 14, 2008

Tiga Orang Gila

TERDAPAT 3 org gila dalam satu intitusi sakit jiwa. Mereka terdiri dari Junior, Senior dan Veteran... disusun ikut jangka masa di institusi tu...

SATU hari doktor yang merawat mental mereka ni nak buat post mortem keadaan mereka. Maka sorang2 dipanggil.

JUNIOR org pertama... doktor tu memberi situasi. "Kamu, kalo dihantar ke padang pasir... apa benda paling penting dibawa bersama?" JUNIOR berfikir seketika..."Padang pasir panas..." Doktor angguk..."Ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik. "Jadi saya nak bawa air...haus kalo duduk sana..." Doktor tu sangat senang hati mendengar jawapan JUNIOR...

Kemudian, dia memanggil lagi SENIOR pulak... Soalan sama ditanya oleh doktor tu..."Yang saya tau, padang pasir tu panas..." SENIOR berkata setelah berfikir panjang..."Ya!" Jawap doktor tu penuh semangat. "Gitu, saya nak bawak kipas, mesti berpeluh betul tu kat sana!" Doktor tu puas hati dengan jawapan yang diberikan...

Kemudian, VETERAN pula dipanggil..."Awak dah lama benar di sini kan?" "Ya, tuan doktor" jawab VETERAN selamba.. Kemudian doktor tu ajukan soalan sama seperti dua rakan VETERAN sebelum ni... "Oh, padang pasir, memang panas betul sana..." VETERAN tidak ambil masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba ja. "YA!" doktor tu cukup senang hati, dalam fikirannya pasti VETERAN ni dah sembuh, boleh dilepaskan pada bila2 masa ja... "Kalo gitu, saya rasa... Nak bawak pintu kereta..."

Tersentak seketika doktor tu mendengar jawapan VETERAN "KENAPA PULAK NAK BAWA PINTU KERETA KE PADANG PASIR?????" VETERAN tu, dengan penuh yakin menjawab, "Kerana, kalo panas sangat, saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!"

Tiada ulasan: