Selasa, Julai 29, 2008

Aduhai... bila suami makan luar

Suatu hari, sedang Kak Jah jemur kain yang baru dibasuhnya dengan washing machine pagi tadi, dia ternampak si Milah, jiran sebelahnya, menangis teresak-esak dekat buaian di laman rumahnya.
Memandangkan Kak Jah ni lebih tua dari Milah, dia merasa simpati melihat Milah asyik menangis. Lalu dia bertanya kepada si Milah
"Apa kena ngko Milah, menangis teresak-esak ni?"
Milah pun jawab, "Bang Tam tu haaa.. Milah dapat tahu dia 'makan luar'
Kak Jah pun menyirap bila dengar suami jirannya makan luar, lalu dia pun mencelah
"Tu lah Milah, berapa kali akak dah cakap dah!!
Orang laki sekarang bukan boleh percaya lagi Milah!
Kita ni kerja teruk teruk nak bantu keluarga, dia senang senang je cari pompuan lain! "
Kak Jah sambung lagi, "Suami ngko ni Milah, nampak saja gemuk, tapi jangan ingat lelaki gemuk ni takde nafsu! Sama je macam laki lain! "
Milah yang tadinya diam, lalu menyampuk
"Eh? Apa benda yang akak cakap ni?
Suami saya bukan ada affair dgn pompuan lain.
Dia katanya nak diet. Jadi saya sediakan lah bekal nestum untuk lunch dia.
Bila balik rumah, saya tengok rupanya dia tak makan nestum tu.
Dia makan kat kedai mamak dengan kekawan dia.
Tu yang Milah marah tu, macam kena tipu! "
"Laahhhh ye ke Milah?? Errrrr... oklah Milah, akak masuk dalam dulu. Rasanya anak akak dah bising tu nak makan. Errr.. nanti kirim salam lah kat suami ngko tu ye. " Kak Jah cepat cepat masuk rumah lepas tu. Mukanya merah padam, sebab tuduh melulu tadi.

Tiada ulasan: