Isnin, Mac 03, 2008

Computer Analysis

Suatu hari Ali mengeluh sakit siku kepada ash. Ash menyarankan kepada Ali pergi membuat analisa penyakit menggunakan komputer doktor yang ada di farmasi. Komputer doktor tersebut boleh menganalisa penyakit lebih cepat dari doktor dan kosnya lebih murah dari doktor biasa.

"Cukup masukkan sampel urine dan komputer akan menganalisa masalah kamu lalu mengatakan pada kamu apa yang harus kamu lakukan. Kosnya cuma RM 10.00 saja."

Ali berfikir tak ada salahnya dicuba, jadi dia mengisi botol kecil dengan sampel urine-nya dan pergi ke farmasi. Melihat ada komputer yang dimaksud, Ali meletak urine-nya pada tempat yg dikhaskan dan memasukkan RM 10.00.

Komputer lalu mengeluarkan bunyi aneh dan lampu berkelip2 disana-sini. Setelah muncul bunyi BEEP, keluarlah kertas kecil hasil print yang menganalisa penyakit Ali, tertulis : "Penyakit di siku kamu kerana banyak bermain tennis. Bilaslah siku kamu dengan air panas. Jangan mengangkat beban yang terlalu berat. Semoga sembuh dalam masa dua minggu."

Malamnya, Ali yang masih terkejut dengan kecanggihan teknologi komputer doktor itu berfikir bahawa dunia kedoktoran benar-benar mengubah zaman. Ali lalu terfikir apakah komputer itu boleh ditipu. Lalu Ali membuat campuran dari air masak di rumahnya ditambah urine dari kambingnya, isterinya dan anak perempuannya. Lalu di atasnya, Ali menambah spermanya hasil masturbasi. Lalu Ali kembali ke farmasi tersebut, mencari komputer doktor, meletakkan campuran itu dan memasukkan RM 10.00. Komputer mengeluarkan bunyi aneh dan lampu berkelip2 disana sina, lalu mengeluarkan printohut:

"Air masak di rumah kamu terlalu dingin. Cubalah beli pemanas air. Kambing kamu kecacingan. Beri dia vitamin. Anak kamu menagih dadah. Masukkan dia ke pusat pemulihan. Isteri kamu hamil lagi, bayi kembar perempuan. Bukan hasil dari hubungan denganmu. Cari peguam. Dan kalau kamu tidak berhenti masturbasi, siku kamu tidak akan sembuh."

habis semua rahsia terbongkar.....canggih tul komputer tu...

Tiada ulasan: