Ahad, Februari 10, 2008

Otak seorang mat Rempit

Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak, pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan.

Mendengar penjelasan doktor itu, bapa berkenaan berkata: "Dia akan selamat kerana besi itu pasti tidak dapat mengenai otaknya."

Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya: "Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan isya ' Allah pun pak cik tak sebut?".

Sampuk si bapa: "Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang TAK ADA OTAK, kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ini, buat abis duit aku jer anto belajor!".

Don ' t worry, I got a lot of XXX in my country

Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang American dan disebelahnya orang Cuba . Sebelah aku pulak orang Bangladesh . Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar. Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si
orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu menjawab "Don ' t worry, I got a lot american dollar in my country".

Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang. .si Cuba ni pun tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata American tadi... "Don ' t worry, i got a lot cigar in my country".

Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi... tangkap Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya lagi aku pun cakap lah...,
"DON ' T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"

Sabtu, Januari 26, 2008

Pendrive Sony 32GB. Betul ke?

Aku ada terjumpa satu pendrive Sony bersaiz 32GB di satu IT Expo di UUM. Kali pertama yang terlintas dalam fikiran, "Eh, betul ke benda nih?". 32GB pada harga RM 50. Gila ke apa? Dan sememangnya aku tak yakin. Sebab dulu masa mula-mula pendrive 1GB dikeluarkan berlumba-lumba beberapa orang kawan aku beli pendrive cap Sony nih. Tapi beberapa kali guna saja lepas tu dah boleh buang dalam bakul sampah.

Ramai jugak la aku tengok orang membeli pendrive tu. Tapi lepas tu ramai jugak la yang pulangkan balik sebab tak boleh guna. Kali pertama boleh. Lepas 2-3 kali terus tak boleh guna.

Bentuk dia memang comel. Kecik saja. Apa yang aku tengok. Hari pertama dan kedua diorang jual dan hari ketiga dah tak dijual. Khabarnya dah dipulangkan barang tersebut kepada pembekal mereka. Sebab? Pikir sendiri la.

Sepanjang pengetahuan aku Sony tak pernah keluarkan pemacu pena (pendrive). Komputer riba tu ada la (kalau salah tolong betulkan).

Lepas pada tu aku pun jalan-jalan kat internet dan dengan bantuan pak cik google aku pun terjumpa beberapa link pasal Pendrive Sony 35GB yang ternyata tipu semata-mata.

Lihat di sini : http://migs.wordpress.com/2007/06/07/32g-microvault-p1/


Isnin, Januari 14, 2008

Tiga Orang Gila

TERDAPAT 3 org gila dalam satu intitusi sakit jiwa. Mereka terdiri dari Junior, Senior dan Veteran... disusun ikut jangka masa di institusi tu...

SATU hari doktor yang merawat mental mereka ni nak buat post mortem keadaan mereka. Maka sorang2 dipanggil.

JUNIOR org pertama... doktor tu memberi situasi. "Kamu, kalo dihantar ke padang pasir... apa benda paling penting dibawa bersama?" JUNIOR berfikir seketika..."Padang pasir panas..." Doktor angguk..."Ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik. "Jadi saya nak bawa air...haus kalo duduk sana..." Doktor tu sangat senang hati mendengar jawapan JUNIOR...

Kemudian, dia memanggil lagi SENIOR pulak... Soalan sama ditanya oleh doktor tu..."Yang saya tau, padang pasir tu panas..." SENIOR berkata setelah berfikir panjang..."Ya!" Jawap doktor tu penuh semangat. "Gitu, saya nak bawak kipas, mesti berpeluh betul tu kat sana!" Doktor tu puas hati dengan jawapan yang diberikan...

Kemudian, VETERAN pula dipanggil..."Awak dah lama benar di sini kan?" "Ya, tuan doktor" jawab VETERAN selamba.. Kemudian doktor tu ajukan soalan sama seperti dua rakan VETERAN sebelum ni... "Oh, padang pasir, memang panas betul sana..." VETERAN tidak ambil masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba ja. "YA!" doktor tu cukup senang hati, dalam fikirannya pasti VETERAN ni dah sembuh, boleh dilepaskan pada bila2 masa ja... "Kalo gitu, saya rasa... Nak bawak pintu kereta..."

Tersentak seketika doktor tu mendengar jawapan VETERAN "KENAPA PULAK NAK BAWA PINTU KERETA KE PADANG PASIR?????" VETERAN tu, dengan penuh yakin menjawab, "Kerana, kalo panas sangat, saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!"

Pemuda yang jujur

Alkisah diceritakan dalam hikayat satu hari satu malam maka tersebutlah kisah seorang pencari kayu. Adapun si pencari kayu ini terkenal dengan sifat jujurnya lagi ikhlas. Beliau tinggal dipinggir hutan bersama isteri tersayang, hidup bahagia walaupun tiada cahayamata.

Suatu hari,ketika pencari kayu sedang menebang sebatang pokok di tepi sungai dengan tak semena-mena terlepaslah kapak besinya ke dalam sungai.Si pencari kayu berasa sedih kerana satu-satunya kapak yang merupakan hartanya telah hilang dalam sungai yang dalam itu.

Tiba-tiba muncul menjelma seorang pari-pari dan bertanya pada si pencari kayu,"Mengapa bermuram durja wahai tuan hamba?".Si pencari kayu pun memberitahu keadaan hal yang berlaku.Pari-pari tadi turun ke dalam sungai dan muncul dengan membawa kehadapan pencari kayu sebilah kapak emas.

"Adakah ini kapak milik tuan hamba?", tanya pari-pari.
"Bukan...",jawab si pencari kayu ringkas. Pari-pari turun semula ke dalam sungai dan kembali dengan membawa kapak dari perak.
"Yang ini tuan hamba punya?",tanya pari-pari lagi.
"Bukan yang ini",jawab si pencari kayu.
Sekali lagi pari-pari turun ke dalam sungai kali ini membawa kapak dari gangsa.
"Err..mungkin yang ini?" duga pari-pari.
"Pacal yang hina ini tidak mempunyai kapak yang bernilai ini",jawab si pencari kayu jujur.

Akhirnya pari-pari turun ke dalam sungai dan naik memegang kapak besi milik si pencari kayu."Ya, inilah kapak hamba yang terjatuh ke dalam sungai tadi". Gembira dengan sifat kejujuran si pencari kayu, maka pari-pari memberi kesemua ke empat-empat kapak kepada si pencari kayu.

Si pencari kayu pulang ke rumah begitu gembira sekali. Selang beberapa tahun,si pencari kayu dan isteri berjalan di tepi sungai menuju ke pekan. Si isteri tersadung kaki pada batu lalu terjatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul. Maka meratap menangis si pencari kayu atas kehilangan isteri tercinta. Pari-pari muncul lagi lalu bertanya akan hal keadaan yang menimpa si pencari kayu.Dengan nada sedih beliau berkata,"Isteri hamba jatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul...".

Dengan segera pari-pari turun ke dalam sungai kembali bersama-samanya Siti Nurhaliza.

"Ini isteri tuan hamba?,"tanya pari-pari menduga.
"Yes..yes", jawab si pencari kayu.
Pari-pari begitu marah, "Penipu, pembohonggg...., nah terima baaa...", belum sempat pari-pari habis menyumpah, si pencari kayu berkata, "Maafkan hamba!Bukan niat hamba berbuat demikian. Ini hanya salah faham".
"Jikalau hamba berkata 'TIDAK', tentu tuan hamba akan muncul dengan Maya Karin dan selepas itu Nasha Aziz. Akhirnya jikalau tuan hamba muncul bersama isteri hamba dan hamba kata 'YA" tentu tuan hamba akan memberi keempat-empat mereka kepada hamba sedangkan hamba cuma seorang pencari kayu yang miskin... mana larat nak maintain semua tu... boleh tercabut kepala lutut... Sebab itulah hamba kata 'YA'!!!".....terang si pencari kayu ikhlas.

Pari-pari pun pergi dari situ dengan penuh tanda tanya!!!