Sabtu, Ogos 16, 2008

Keluarga Saya

Kenali diri melalui rambut

Kenali diri melalui rambut oleh Dr. Fadhilah Kamsah 

1) RAMBUT LURUS -
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan
 
2) RAMBUT KERINTING TEBAL-
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung
 
3) RAMBUT KERENTING NEGRO-
bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah
 
 4) RAMBUT IKAL MAYANG-
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kanseseorang dengan kesilapan lalu.
 
 5) RAMBUT HALUS/LEMBUT-
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.
 
6) RAMBUT SIKIT-
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego,dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.
 
 7) RAMBUT PERANG-
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf,sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL-  
bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.  

9) RAMBUT KUSUT-
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan. (kalu nak nmpk bijak mcm empunya pesen rambut gini....usahakasik kusut rambut korang....)
 
10) RAMBUT BERUBAN-
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri
 
11)TIADA RAMBUT-
(Botak) ..kesian
 
12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN -
itu rambutaaannnnnnnnnnnnnnnnnn..... Huahuahuahuahua

Jumaat, Ogos 15, 2008

Cara nak sembunyi komen kat Myspace

Teknik 1

1. Cari bahagian 'About Me'
    Profile --> My Profile --> About Me

2. Masukkan kod ini

   <style type="text/css">
        table.friendsComments
        {
        display: none;
        visibility: hidden;
        }
   </style>

Selamat Mencuba !

Khamis, Ogos 14, 2008

Main-main teka teki

Susahnya Soalan matematik ni!!!!
Siapa  yg rasa dia terror matematik tu boleh cuba jawab...
Sekarang si ibu  21 tahun lebih tua dari anaknya.
6 tahun kemudian, umur ibunya adalah 5 kali  ganda umur anaknya.

SOALAN:
Bapanya sekarang berada di mana   ?
Silakan berpikir dan menjawab secara ilmiah/matematik, sila buktikan  bahawa kamu punya kemampuan untuk berpikir secara   wajar...
Tetapi...... .
Jikalau kamu malas, terlalu sibuk, terlalu...dll yang membuat kamu tidak mahu menghitung atau tidak  percaya bahawa hal ini bukan JOKE semata.....

cuba lihat jawapan di   bawah...
Sekarang  ibunya (M) 21 tahun lebih tua dari anaknya (A)
M = A + 21

6  tahun kemudian, umur ibunya jadi 5 kali ganda umur anak
M + 6 = (A +  6) x 5
dimana M = A + 21
A + 21 + 6 = (A + 6) x 5
A + 27 = 5A +   30
27 - 30 = 5A - A
-3 = 4A
A =   -3/4

Bererti umur  anaknya sekarang
* 3/4 tahun = - 3/4 x 12 bulan = - 9 bulan.

Bererti  anaknya sekarang belum lahir (akan lahir
kira-kira 9 bulan kemudian)

Kesimpulannya, sekarang Bapanya berada di   ...
atas  ibunya atau di bawah atau di sebelah (mengikut posisi kesukaan  masing-masing) . Si anak baru hendak dihasilkan ...ha... ha...  ha.....

Dah pi buat keje jangan nak fikir lagi posisi apa pulak yang best.... he he he

Suami, Isteri & Cermin..

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di
dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi
tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan
pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal
mengemas dirumah.

Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang
mencari-cari. . tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balik
cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya
tanpa pengetahun isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke
bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik
pelik melihat telatah suaminya tu..

Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya..
bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik
tersebut tanpa pengetahuannya. .

Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak
cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so,
dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.

Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..

Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri
perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..

Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.

Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak. .

Isteri: Apsal mak ketawa?..

Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin
lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok
perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..