Selasa, November 20, 2007
Adab-adab Makan
Mari Kita Gosok Gigi
Waktu-waktu yang disuruh kita menggosok gigi.
1) Ketika bangun daripada tidur. Ini berdasarkan hadis dari Hudzaifah RA dia berkata :
عن حذيفة؛ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان إذا قام من الليل يشوص فاه بالسواك
Adalah Rasulullah SAW apabila bangun daripada tidur di waktu malam, Baginda SAW membersihkan mulutnya dengan bersiwak (gosok gigi). (Sahih Muslim:255)
2) Setiap kali hendak berwudhu. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لولا أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك عند كل وضوء
"Kalau aku tidak khuatir menyusahkan umatku, nescaya aku akan perintahkan untuk menggosok gigi setiap kali berwudhu." (Di riwayat di dalam al-Bukhari tanpa sanad. Ibn Khuzaimah mengsahihkannya di dalam Sahih Ibn Khuzaimah:140)
3) Setiap kali hendak solat. Dari Abu Hurairah ra,Rasulullah SAW bersabda:
"لولا أن أشق على المؤمنين (وفي حديث زهير، على أمتي) لأمرتهم بالسواك عند كل صلاة"
Kalau aku tidak khuatir menyusahkan orang beriman atau umatku, nescaya akan aku perintahkan untuk menggosok gigi setiap kali bersolat. (Muslim:252)
4) Ketika hendak masuk ke rumah. Dari `Aisyah RA, beliau berkata:
عن عائشة؛ أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل بيته بدأ بالسواك
Rasulullah SAW apabila hendak masuk ke dalam rumahnya, baginda SAW akan memulakan dengan menggosok gigi. (Muslim:253)
5) Di saat mulut mula berbau, kekuningan, selepas makan dan minum dan lain-lain. Ini kerana bersiwak (menggosok gigi dianjurkan untuk menjaga kebersihan dan kesihatan.
6) Ketika hendak membaca al-Quran. Ini berdasarkan riwayat daripada Ali bin Abi Talib RA, Rasulullah SAW bersabda:
وعن علي رضي الله عنه أنه أمر بالسواك وقال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
إن العبد إذا تسوك ثم قام يصلي قام الملك خلفه فيستمع لقراءته فيدنو منه أو كلمة نحوها حتى يضع فاه على فيه فما يخرج من فيه شيء من القرآن إلا صار في جوف الملك فطهروا أفواهكم للقرآن
Sesungguhnya, apabila seorang hamba menggosok gigi, kemudian mendirikan solat, maka seorang malaikat berdiri di belakangnya dan mendengar bacaannya. Kemudian malaikat itu mendekatinya (kata perawi: atau menyatakan kalimat yang serupa) lalu meletakkan mulutnya ke mulut orang tersebut sehingga tiada ayat-ayat al-Quran yang keluar dari mulutnya kecuali akan masuk ke dalam perut-perut malaikat. Oleh yang demikian, sucikanlah mulut kamu bila hendak membaca al-Quran. (Di riwayatkan oleh al-Bazzar dengan sanad yang baik. Al-Albani menyatakan ia hasan sahih, lihat Sahih at-Targhib wa at-tarhib:215)
Silap Bagi
Adik sepupu Hasan pulak pegi beli satu seluar dalam hitam berbunga-bunga baru, sebab ada sale hari tu. Masa membayar, dengan tak sengaja cashier dah tertukar kotak topi kain hitam tu dengan seluar dalam hitam adik Hasan Jendul!
Selepas membayar, Hasan Jendul pun terus pergi kaunter hadiah dan suruh diorang bungkus tanpa check dulu. Kemudian dia balik ke rumah dan tulis surat untuk Mek Ayu serta mengeposkannya bersama hadiah yang dah tersilap tu.
(Dan surat yang dia tulis tu berbunyi cam nie);
Istimewa untuk kekasihku Mek Ayu, San pilih hadiah nie kerana Ayu tak pernah pakai bila kita keluar jalan-jalan dan selalu mengadu sebab panas. Kalau bukan sebab pasal adik sepupu San,San dah nak beli yang lagi jarang supaya kalau berpeluh tak lembap sangat.
Tapi San tengok adik sepupu San pakai yang ada bunga tu nampak cantik pulak.San pilih warna hitam tu supaya tak nampak kotor. Promoter yang jual tu tunjuk dia punya dah seminggu tak basuh. Nampak elok saje. San suruh dia try Ayu punya sebab saiz promoter tu lebih kurang Ayu je.
Memang cantik dan menarik! Harapnya Ayu suka sebab San rasa memang sesuai dengan Ayu. Tak sabar rasanya nak tengok Ayu pakai depan San. San harap Ayu akan pakai untuk San hujung minggu nie. Salam sayang untuk kekasihku,Mek Ayu.
Yang amat menyintai dan menyayangi dirimumu, Hasan Jendul
P/S : Kalau Ayu nak pakai, San nampak stail terbaru
ialah dengan melipat bahagian depan dan menampakkan
sedikit rambut.
Cikgu dan Abu
Risiko Kawin dengan Programmer
Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."
Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?
Suami : Bad command or filename.
Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!
Suami : Errorneous syntax. Abort?
isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?
Suami : Variable not found...
Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.
Suami : Sharing Violation. Access denied...
Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.
Suami : Too many parameters...
Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.
Suami : Data type mismatch.
Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.
Suami : It's by Default.
Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?
Suami : File in use ... Try later.
Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?
Suami : Unknown Virus. "